Wednesday, December 20, 2017

Menjana Pendapatan Melalui Deuscoin

Menjana Pendapatan Melalui Deuscoin

Rasanya tidak perlu lagi di terangkan apa itu CryptoCurrency atau mata wang digital ini. Dan jika di sebut Bitcoin, rata rata pada hari ini sudah ramai yang tahu apa itu Bitcoin. Tidak seperti 5-10 tahun yang lalu yang masih ramai yang tidak mengetahui tentang matawang digital ini malah pada waktu itu, Bitcoin juga masih terlalu asing. Pada hari ini, hampir semua orang sudah mengetahui apa itu mata wang digital terutama Bitcoin dan yang 'nampak' potensi Bitcoin ini, berebut rebut untuk mendapatkannya.

Itu cerita 5 - 10 tahun yang lalu, hari ini, jika anda 'pemain' mata wang digital ini atau anda penyimpan bitcoin, pasti anda perasan dunia mata wang digital ini semakin kompleks terutama mata wang digital Bitcoin itu sendiri. Contoh ...
1. Jika dahulu untuk membuat transaski Bitcoin, tidak memerlukan waktu yang lama untuk membuat transasksi dari wallet ke wallet, mungkin hanya memerlukan waktu hanya beberapa minit. Hari ini tempoh masa transaksi semakin lama semakin lambat, sehingga ada yang memakan masa berjam jam malah memakan hari.
2. Jika dahulu tiada cas transfee (transfer fee) dari Blockchain, hari ini.transfee fee semakin lama semakin mahal sehingga kadang tidak masuk akal. Bayangkan anda ingin transfer Bitcoin senilai RM100, transfer fee yang perlu anda bayar adalah hampir RM50 nilai Bitcoin.
3. Jika dahulu hanya ada 1 Bitcoin, hari ini sudah ada beberapa pecahan Bitcoin (Fork) seperti Bitcoin Cash dan Bitcoin Gold di sebabkan 2 isu di atas.
4. Jika dahulu, kerajaan atau pemerintah satu satu negara tidak melihat akan isu ini, hari ini, hampir kesemua negara sibuk untuk memantau aktiviti penggunaan mata wang digital ini termasuk Malaysia.

Jika 5 - 10 tahun dahulu juga, belum ada banyak mata wang digital baru yang di hasilkan, hari ini boleh di katakan hampir setiap hari akan ada mata wang digital baru yang di perkenalkan dan mata wang digital yang bertebaran di dunia hari ini semakin hari semakin bertambah.

Jika anda lihat di senarai Coin Market Cap, iaitu satu list yang menyenaraikan kesemua jenis mata wang digital yang telah masuk market yang boleh di miliki, terdapat beribu jenis mata wang digital yang telah di hasilkan. Pada waktu post ini di buat, jumlah mata wang digital yang tersenarai di Coin Market Cap atau di panggil CMC berjumlah 1369 Cryptocurrency atau mata wang digital dan semakin hari jumlah ini bertambah.


Siapa yang menghasilkan kesemua mata wang digital tersebut dan apa tujuannya jika hanya dengan Bitcoin sudah boleh menghasilkan pendapatan yang berganda melalui kenaikan harganya..

Yang menghasilkan mata wang digital ini adalah Developer, dan tujuan mereka menghasilkan mata wang digital mereka sendiri salah satu tujuan utama adalah untuk menjana keuntungan selain menggunakan bitcoin disebabkan penggunaan bitcoin semakin hari semakin kompleks seperti isu 1 dan 2 di atas.

Dan kenapa pula para pengumpul mata wang digital ini berkejar kejar mengumpul mata wang digital selain Bitcoin ini walaupun mereka sedar dengan hanya mengumpul Bitcoin sahaja sudah mampu menggandakan pendapatan mereka.

1 jawapan kepada 2 keadaan di atas.....
FAKTOR HARGA

Untuk menghasilkan keuntungan berganda dalam mata wang digital ini, kuantiti mata wang digital yang dimiliki adalah salah satu faktor untuk mengukur sebanyak mana keuntungan yang akan di jana.

Pada waktu post ini di buat, harga
1 Bitcoin bernilai RM69,490.64

menjana pendapatan keuntungan pelaburan dengan mata wang digital Deuscoin

Jika hari ini anda memiliki 1 Bitcoin, jika berlaku kenaikan harga kepada RM70K, anda sudah untung RM500. Tetapi jika anda hanya memiliki 0.001 Bitcoin, berapa banyak nisbah keuntungan anda? Persoalannya hari ini untuk mendapatkan keuntungan pada kuantiti 1 Bitcoin, berapa ramai yang mampu dan sanggup untuk membeli bitcoin seketul 1 Bitcoin yang berharga RM70K tersebut?

Sebab itu, hari ini, setiap hari akan ada mata wang digital baru yang di hasilkan dan developer mata wang digital tersebut akan cuba memasarkan mata wang digital mereka untuk menawarkan kepada 'pemain Crypto' ini pada harga yang rendah. Dan 'pemain Crypto' ini akan mendapatkannya dengan kuantiti yang banyak pada harga rendah untuk di jadikan aset dan apabila haraga mata wang digital yang mereka beli tadi melonjak, disitulah akan ada keuntungan berdasarkan berapa banyak kuantiti coin yang mereka miliki tadi. Dari keuntungan coin tadi, baru lah mereka tukarkannya untuk mendapatkan Bitcoin, raja segala mata wang digital dan daripada Bitcoin itu, barulah di tukarkan kepada tunai.

Disini bermaksud mata wang digital yang baru ini atau di panggil Altcoin di jadikan batu loncatan untuk mendapatkan Bitcoin berbanding mendapatkannya secara direct melalui pembelian Tunai - Bitcoin yang harganya semakin hari semakin tidak terjangkau hanya untuk 1 Bitcoin.

Apakah kesemua mata wang digital yang terhasil boleh dipercayai dan apakah yang mempengaruhi kenaikan harga altcoin tersebut?

Tidak kesemua mata wang yang di hasilkan oleh developer boleh di percayai terutama jika coin tersebut belum disenaraikan dalam Coin Cap Market dan masih dalam stage ICO (Initial Coin Offering). ICO adalah satu proses yang digunakan oleh Developer untuk memasarkan mata wang digital atau altcoin mereka kepada orang ramai sebelum di senaraikan di dalam Coin Market Cap dan dalam masa yang sama mengumpul dana untuk projek Altcoin mereka.

Di dalam proses ICO ini, risiko pelaburan yang di buat oleh pelabur (pembeli Altcoin) adalah sangat tinggi yang mana jika developer berniat hanya untuk mengaut duit orang ramai, mereka akan menghasilkan satu Altcoin untuk di pasarkan tetapi projek Altcoin tersebut tidak di teruskan atau Altcoin tersebut tidak di senaraikan  di Coin Market Cap, makanya modal untuk membeli Alcoin tersebut burn. Umpama anda membeli coin sampah yang tidak dapat ditukarkan semula kepada tunai walaupun anda ada berjuta coin Altcoin tersebut..

Jika Alcoin tersebut di senaraikan di Coin Matket Cap pula, perlu ada satu marketing strategi atau ecosystem yang perlu di fikirkan oleh developer tersebut untuk melonjakkan harga Alcoin tersebut untuk mereka dan para pelabur terus menjana keuntungan. Ini kerana dalam mata wang digital, faktor yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga coin tersebut adalah faktor penawaran dan permintaan ke atas coin tersebut..

Sebab itu tidak mustahil walaupun ada coin yang telah masuk ke Coin Market Cap, Coin baru tersebut 'mati' di tengah jalan, harga makin drop dan akhirnya terus lenyap disebabkan lebihan penawaran berbanding permintaan, disebabkan tiadanya marketing atau ecosystem. Kerugian juga lah yang di alami oleh para pelabur atau pembeli Coin tersebut jika harga drop.

Deuscoin. Mata Wang Digital Ber'Ecosystem'

Seperti yang saya terangkan di atas, tujuan satu satu mata wang digital atau coin atau Altcoin baru yang di wujudkan bertujuan untuk menjana keuntungan dengan mendapatkannya pada harga rendah menggantikan penjanaan keuntungan secara langsung dengan Bitcoin yang harganya semakin tidak masuk akal. Begitu juga dengan Altcoin yang di beri nama Deuscoin ini.

Dan seperti altcoin yang lain, yang mana developer mempunyai marketing tersendiri untuk menaikkan coin mereka, begitu juga dengan Deuscoin.

Deuscoin adalah satu Altcoin yang di dirikan oleh developer daripada Hong Kong dan mendapat khidmat nasihat daripada salah seorang individu yang sememangnya pakar dalam bidang teknologi Cryptocurrency yang telah menghasilkan External/Offline Wallet jenama BitLock, Mr. Dana L. Coe

menjana pendapatan keuntungan pelaburan dengan mata wang digital Deuscoin

menjana pendapatan keuntungan pelaburan dengan mata wang digital Deuscoin




Kuantiti Deuscoin yang akan berada di pasaran adalah sebanyak 100 juta coin. Di lepaskan secara ICO pada awal 2017 dan memasuki Coin Market Cap pada April 2017.

Harga semasa mata wang digital Deuscoin


Pada waktu post ini ditulis, Deuscoin telah pun menembusi Exchanger C-Cex dan juga Crytopia dan akan memasuki Exhcanger* lain nya dari masa ke semasa.

Exchanger - Pasaran/Market terbuka untuk menjual beli coin coin mata wang digital

Tahukah anda, Bitcoin seawal kemunculannya pada tahun 2008 , mengambil tempoh masa selama 3 tahun iaitu sehingga 2011 untuk mencapai harga USD1/Bitcoin daripada tiada harga.
Sehingga lah ke hari ini telah mencapai USD17K
Rujuk sejarah harga Bitcoin disini

sejarah kenaikan harga Bitcoin


Mengapakah Bitcoin mengambil tempoh waktu yang sangat lama iaitu 3 tahun untuk mencapai USD1/Bitcoin berbanding hari ini yang kenaikan harganya begitu drastik?
Jawapannya adalah
Penawaran vs Permintaan

Harga Bitcoin akan terus naik hari demi hari kerana semakin bertambah permintaan, tetapi semakin berkurang penawaran.

Begitu juga dengan mata wang digital atau Altcoin yang lain nya. Harga satu satu coin di pacu oleh permintaan dan penawaran di dalam market dan para developer perlu mencari cara bagaimana untuk mewujudkan permintaan tersebut dalam masa yang sama mengurangkan penawaran agar harga coin tersebut melonjak seperti apa yang berlaku kepada Bitcoin.
Cara untuk menaikkan permintaan dan mengurangkan penawaran ini lah yang di panggil Ecosystem.
Jika tiada permintaan berbanding penawaran, maka matilah Coin tersebut dan banyak mata wang digital yang di hasilkan 'mati' di tengah jalan kerana tiadanya ecosystem untuk membentuk permintaan.
Di dalam Deuscoin, team developer telah melantik SVD Team untuk menggerakkan Deuscoin dan membentuk ecosystem dalam mewujudkan permintaan terhadap Deuscoin.

Di bawah adalah Roadmap yang telah disusun dan direncanakan oleh SVD Team dalam menaikkan harga Deuscoin di pasaran.